PENGENALAN

HEROZ GROUP SYNERGY SDN BHD (1312428-T) yang lebih dikenali sebagai Heroz Group merupakan sebuah syarikat milik penuh Bumiputera dan ditubuhkan di Malaysia dengan alamat pejabat urusannya terletak di Cheras , Kuala Lumpur .

Syarikat ini ditubuhkan bagi menyahut dan memenuhi keperluan masyarakat dalam sektor pengurusan kewangan terutamanya yang berlandaskan konsep patuh syariah untuk individu dan perniagaan.

 

Kepakaran kami adalah dalam menyediakan khidmat  perundingan, latihan dan perkongsian ilmu pengurusan kewangan kepada pelbagai segmen masyarakat melalui pelbagai program dan platform.

Bermula hanya dengan 3 orang tenaga kerja pada tahun 2014, Heroz Group kini berkembang pesat dengan melebihi 150 tenaga agensi yang bernaung dibawahnya.

 

Heroz Group juga telah berjaya membentuk satu pasukan yang kuat dan berpengalaman luas untuk memberi khidmat rundingan yang terbaik kepada para pelanggannya.