Pernah Dengar Perkataan Pelaburan, Tapi Tak Faham

Pernah Dengar Perkataan Pelaburan, Tapi Tak Faham

Kita kalau nak ‘kumpul duit’ bukan senang, betul ke?

 

Macam-macam cara nak kena cuba, buat 2 kerja la, bisnes la.

 

Biasa lah tu, kalau nak jadi kaya memang kena kerja keras. Tapi berbaloi ke kalau kerja keras sampai tua. Bila masa nak rehat?

 

Jadi nak tanya lah, biasa dengar perkataan pelaburan tak?

 

Kalau dah tahu bagus, kalau tak tahu kena la baca.

 

“Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.”

 

Faham tak? Contoh macam ni.

1. Ahmad melabur RM10,000 ke dalam ASB pada tahun 2017. Tahun itu ASB umum dividen 7%. Jadi, pada tahun 2018 jumlah pelaburan ASB Ahmad tu akan menjadi RM10,700.

2. Hawa beli emas 1 gram dengan harga RM160. Lepas 6 bulan, harga emas naik jadi RM175. Jadi, Hawa dah ada pulangan RM15.

3. Ali beli rumah banglo dengan harga RM200,000. Lepas 3 tahun, harga rumah naik jadi RM260,000, Jadi dalam tempoh 3 tahun Ali dapat keuntungan RM60,000 atau RM20,000 setahun.

 

Pernah dengar tak kisah ni?

 

Sebenarnya ini lah pelaburan. Sekejap atau lama, bila ada kenaikan harga, itu dikira pelaburan. Sama lah dengan pelaburan unit amanah.

 

Kita letakkan sebahagian gaji kita ke dalam pelaburan unit amanah dengan harapan duit itu akan beranak pada  masa depan.

 

Tapi jangan kalut sangat nak melabur, setiap pelaburan ada risiko. Jadi korang perlu tahu dulu risiko pelaburan ni.

 

Kalau nak melabur, jangan lah guna duit yang korang nak pakai. Seeloknya sediakan dulu tabung kecemasan dalam simpanan. Dah cukup tabung kecemasan, baru la boleh melabur. Sebab dalam pelaburan tak ada jaminan keuntungan dalam masa sekejap. Mungkin korang perlu tunggu 1 tahun, 3 tahun atau 5 tahun.

 

Kalau korang nak selamat, boleh je labur duit di Tabung Haji. Pulangan 6%-8% setahun sesuai untuk korang yang tak sanggup terima risiko.

 

Tapi, low risk, low return. Jadi kalau nak kaya, pelbagaikan pelaburan korang.

 

Jadi, setakat ni saja. Kalau nak tahu tentang pelaburan unit amanah, tunggu post yang selepas ini.

Sharing is caring!

Zulhusni Salha

Konsultan Kewangan l Penulis

Comments are closed.
shares