Ada Yang Masih Keliru Pelaburan ASB dan Unit Amanah @ Unit Trust

“Saya ingat nak labur dekat ASB la. Pulangan 6%-8% setahun. Okay kot.” Adam kata dekat Syafiq.

“Tapi ada lagi pelaburan yang lebih tinggi dari ASB. Setahun boleh dapat 10-15% setahun. Kau tahu tak?” Syafiq menjawab kepada Adam.

“Yeke ada? Aku tak pernah tahu pun.”

Ramai orang fikir pelaburan hanya 6-8% setahun itu sudah cukup untuk bina tabung duit masa depan.

Tak kata salah. Tapi jika ada pilihan yang lebih baik, kenapa kita tidak mencuba.

 

ASB atau nama panjangnya adalah Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana unit amanah yang diterbitkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dengan jumlah pelaburan daripada rakyat yang melabur melalui ASB, dapatlah PNB gunakan dana pelaburan itu untuk dilaburkan semula ke dalam pasaran saham, hartanah, bon, sukuk dan lain-lain platform pelaburan.

Nak tahu berapa pulangan PNB setahun dengan menggunakan duit yang korang labur dalam ASB tu?

Jom kita tengok contoh kat bawah ni:

Jumlah pelaburan pada 2015: 100 juta

Jumlah keuntungan pada 2015: 30 juta

Peratus keuntungan pada 2015: 30 / 100 * 100% = 30%

 

Tetapi kita dapat dividen ASB 6-8% je setahun? Mana yang lain?

Peratus diberi kepada pelabur: 8%

Peratus keuntungan kasar pada 2015: 30% – 8% = 22%

Yang lain tu adalah pulangan pada PNB la. Faham?

Jadi kalau kita tengok contoh di atas, pelabur boleh dapat keuntungan yang lebih dari 8% peratus.

Hmmm… Jadi ada ke peluang pelaburan lain yang lebih baik?

Pelaburan Unit Amanah atau Unit Trust

Sebenarnya korang ada pilihan yang lebih baik. Yang sah dan patuh syariah. Cuma korang jer yang tak tahu atau tak nak ambil risiko. Nak selesa jer.

Syafiq adalah seorang pelabur yang bijak. Dia tahu pelaburan unit amanah mampu berikan pulangan yang 10-15% setahun. Jadi dia dapatkan khidmat nasihat daripada konsultan unit amanah yang berpengalaman.

Sehingga hari ini, ada sebanyak 37 syarikat unit amanah di Malaysia.

Contohnya macam syarikat PMB Investment Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB-Principal Asset Management Berhad, BIMB Investment Management Berhad dan banyak lagi.

Tapi syarikat unit amanah ni ada yang menawarkan dana yang patuh syariah dan konvesional. Jadi bila nak melabur nanti, cakap pada konsultan korang nak melabur dalam dana yang patuh syariah.

Kalau korang nak syarikat yang fully shariah pun ada. Contoh macam PMB Investment dan BIMB Investment Management Berhad

Katakan Syafiq telah memilih untuk melabur dalam dana PMB Aggressive Fund di PMB Investment pada 15 April 2017 dengan harga masa itu adalah RM0.53.

Pada 15 Mac 2018 harga unit amanah itu telah naik menjadi RM0.60. Sepanjang April hingga ke Mac 2018 tu akan ada harga unit naik dan turun.

Jadi berapa kadar pulangan yang Syafiq boleh dapat. Jom tengok:

Contoh kiraan: 

Syafiq bermula pada bulan April dengan pelaburan RM1,000 dan bulan seterusnya dia labur RM100 untuk tambahkan nilai pelaburan dia

April – RM1,000 / RM0.53 (harga unit) = 1,886 unit

Mei – RM100 / RM0.51 = 196 unit

Jun – RM100 / RM0.53 = 188 unit

Julai – RM100 / RM0.55 = 181 unit

Ogos – RM100 / RM0.56 = 178 unit

September – RM100 / RM0.54 = 185 unit

Oktober – RM100 / RM0.56 = 178 unit

November – RM100 / RM0.57 = 175 unit

Disember – RM100 / RM0.59 = 169 unit

Januari –RM100 / RM0.60 = 166 unit

Februari – RM100 / RM0.61 = 163 unit

Mac – RM100 / RM0.60 = 166 unit

Jadi jumlah pelaburan Syafiq dari bulan April sampai Mac adalah RM2,000. Jumlah unit yang terkumpul pula adalah 3,831 unit.

Berapa pulangan yang Syafiq capai pada bulan Mac?
3,831 unit x RM0.60 = RM2,298.60

RM2,298.60 – RM2,000 = RM298
Pulangan = RM298 / RM2,000 = 14.9%

Okay tak dapat untung banyak tu setahun? Boleh mula dengan jumlah yang rendah dan boleh melabur tiap-tiap bulan jugak sama dengan ASB. Dan yang paling penting, kita ada konsultan peribadi yang review pelaburan korang setiap bulan.

Risiko Berbeza

Ingat, apabila melabur dalam ASB, pelabur tidak akan rugi kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1.

Ini bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.

Berbeza dengan pelaburan di unit amanah, risiko rugi itu ada disebabkan turun naik harga unit dana. Jadi, pelaburan ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat pelaburan jika korang nak melabur untuk setahun. Paling sesuai, pelaburan ini untuk tempoh 3 tahun ke atas.

Kelebihan Melabur di Unit Amanah

Sebelum terlupa, ASB hanya bagi 1 bentuk pulangan saja, iaitu dividen. Melabur di unit amanah pula korang akan dapat 2 bentuk pulangan.

1) Keuntungan hasil perbezaan harga unit amanah. Contoh beli pada harga unit murah, dan jual pada harga unit mahal.
2) Dividen. (Ada syarikat unit amanah akan bayar 2 tahun sekali atau jika pretasi syarikat unit amanah itu baik, korang akan dapat dividen setiap tahun.

Pernah Dengar Perkataan Pelaburan, Tapi Tak Faham

Kita kalau nak ‘kumpul duit’ bukan senang, betul ke?

 

Macam-macam cara nak kena cuba, buat 2 kerja la, bisnes la.

 

Biasa lah tu, kalau nak jadi kaya memang kena kerja keras. Tapi berbaloi ke kalau kerja keras sampai tua. Bila masa nak rehat?

 

Jadi nak tanya lah, biasa dengar perkataan pelaburan tak?

 

Kalau dah tahu bagus, kalau tak tahu kena la baca.

 

“Pelaburan ialah suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan.”

 

Faham tak? Contoh macam ni.

1. Ahmad melabur RM10,000 ke dalam ASB pada tahun 2017. Tahun itu ASB umum dividen 7%. Jadi, pada tahun 2018 jumlah pelaburan ASB Ahmad tu akan menjadi RM10,700.

2. Hawa beli emas 1 gram dengan harga RM160. Lepas 6 bulan, harga emas naik jadi RM175. Jadi, Hawa dah ada pulangan RM15.

3. Ali beli rumah banglo dengan harga RM200,000. Lepas 3 tahun, harga rumah naik jadi RM260,000, Jadi dalam tempoh 3 tahun Ali dapat keuntungan RM60,000 atau RM20,000 setahun.

 

Pernah dengar tak kisah ni?

 

Sebenarnya ini lah pelaburan. Sekejap atau lama, bila ada kenaikan harga, itu dikira pelaburan. Sama lah dengan pelaburan unit amanah.

 

Kita letakkan sebahagian gaji kita ke dalam pelaburan unit amanah dengan harapan duit itu akan beranak pada  masa depan.

 

Tapi jangan kalut sangat nak melabur, setiap pelaburan ada risiko. Jadi korang perlu tahu dulu risiko pelaburan ni.

 

Kalau nak melabur, jangan lah guna duit yang korang nak pakai. Seeloknya sediakan dulu tabung kecemasan dalam simpanan. Dah cukup tabung kecemasan, baru la boleh melabur. Sebab dalam pelaburan tak ada jaminan keuntungan dalam masa sekejap. Mungkin korang perlu tunggu 1 tahun, 3 tahun atau 5 tahun.

 

Kalau korang nak selamat, boleh je labur duit di Tabung Haji. Pulangan 6%-8% setahun sesuai untuk korang yang tak sanggup terima risiko.

 

Tapi, low risk, low return. Jadi kalau nak kaya, pelbagaikan pelaburan korang.

 

Jadi, setakat ni saja. Kalau nak tahu tentang pelaburan unit amanah, tunggu post yang selepas ini.

6 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Sebelum Umur 30 Tahun

Saya tak tahu korang sedar atau tidak, sekarang ni ramai anak muda yang berumur 30-an sudah terperangkat dengan masalah kewangan. Kebanyakkan yang saya lihat, mesti ada buat salah satu daripada 6 perkara ni.

Jadi, saya nak korang baca 6 kesilapan ini. Semoga nanti jangan ada yang berkata:

“Aku rasa menyesal lah …”

“Kenapa aku tak tahu pun? …”

 

  1. Tak Tahu Urus Duit.

Sekarang ni punca utama masalah kewangan adalah sebab tak pandai nak urus duit. Lepas dapat gaji je, belanja sini sana. Kemudian tak tahu duit pergi mana? Setiap bulan je duit tak cukup. Memang la duit tak cukup, kalau korang belanja di luar kemampuan.

Sekarang ni banyak kelas atau seminar pengurusan kewangan. Keluarkan duit sedikit untuk tingkatkan ilmu kewangan. Jangan dah terjebak baru nak mencari. Rugi!

 

  1. Tak Ada Simpanan

Dah la belanja luar kemampuan, pastu simpanan pun takda. Show off jer memanjang. Sabar, jangan nak pura-pura kaya. Beli kereta mahal, tukar smartphone setiap tahun, tapi simpanan tak ada. Korang beli mahal mana pun semua tu, setiap tahun nilai susut jugak.

Jadi, berkorban lah untuk keseronokan sementara. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji korang. Tak kisah la berapa korang simpan, yang penting konsisten. Kalau tak mampu jugak nak simpan, itu maknanya korang kena la cari kerja part time untuk tambah pendapatan korang.

 

  1. Ada Duit Sikit Tapi Nak Travel

Ini saya tak faham. Korang duit tak ada dan nak simpan duit pun susah, tapi mampu pergi travel.

Memang la jauh perjalanan, luas pengalaman. Tapi kalau pergi sana, mampu tengok jer. Tak mampu nak shopping, baik tak payah. Pastu satu lagi yang pelik, mampu pergi travel, tapi marahkan kerajaan bila harga barang makin naik.

Simpan dulu impian tu. Pergi la melabur dekat saham atau unit amanah untuk 3 – 5 tahun. Selepas tu, bila dah ada keuntungan, ambil keuntungan tu sebagai kos travel korang. Naahhh… Simpanan pun ada, travel pun dapat.

 

  1. Nak Kahwin Buat Loan

Semua orang nak kahwin. Tapi tak sanggup nak simpan. Kemudian bila lagi setahun nak kahwin, bakal mak mertua korang mintak duit hantaran, dah tak ada. Jadi, bila tak ada jalan lain, korang pun ambil jalan paling cepat, buat pinjaman. Bahagia sehari, kemudian terpaksa tanggung hutang bertahun-tahun.

Kalau korang nak kahwin, rancang bersama pasangan korang. Sediakan tabung perkahwinan. Cari platform pelaburan yang menawarkan pulangan 10-15 setahun. Contohnya pelaburan unit amanah. Dapatkan khidmat nasihat daripada konsultan tentang perancangan tabung perkahwinan korang. Percuma je servis tu.

 

  1. Godaan Kad Kredit

Bila korang dah bekerja, pihak bank pasti akan telefon untuk offer kad kredit pada korang. Kemudian korang pun seronok bila ada kad kredit. Sebab bila duit gaji habis, boleh belanja guna kad kredit dulu. Tapi korang kena tahu, kadar faedah kad kredit sangat tinggi sehingga 18%. Jadi, lagi lama korang berhutang, lagi banyak yang korang perlu bayar. Jadi, elakkan belanja di luar kemampuan !

 

  1. Berlagak Beli Kereta Mahal

“Aku kerja nanti, aku terus nak beli kereta Honda Civic. Lawa kot design tu”

Fuuuh.. seram saya dengar. Memang la masa bujang mampu bayar. Gaji RM3000. Kalau kena bayar RM1000 pun mampu hidup lagi. Tapi cuba fikir kalau korang dah kahwin nanti. Kos rumah, kos sekolah anak, isteri nak shopping lagi. Emm…masa tu kalau menyesal pun tak guna.

Betul, semua orang ada kereta impian. Tapi sabar. Beli dulu kereta biasa. Second hand pun tak apa. Bila kewangan korang dah kukuh, simpanan pun dah ada. Masa tu baru la beli kereta idaman korang.

 

Masa muda lah korang perlu bersusah. Masa ni korang muda lagi. Jangan bila dah tua baru nak rasa susah. Nanti pasti korang tertekan. Apa yang korang buat harini, akan beri kesan pada masa akan datang

Jadi. Jangan kata abang tak paying. Ambil nasihat ni dan kongsikan kepada kawan-kawan yang sebaya korang. Cuba elakkan selagi mampu. Jangan dah buat, baru nak menyesal!

Hebatnya Tan Sri Syed Mokhtar

Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

 

Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu jika ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

 

Gaya hidup ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana. Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak mainnya lebih bagus. Saya pun tak ada minat untuk membeli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.

 

Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan adalah beli kereta mewah. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Jangan kita memberi gambaran bahawa ini sebenarnya yang perlu mereka buat. Sesiapa pun memang mahu semua itu tapi bukan itu matlamatnya.

Amalan di Waktu Pagi Membuatkan Hidup Lebih Berkah

TIDUR pada waktu pagi memang sangat mengasyikkan, terutamanya pada mereka yang terpaksa bekerja lewat di waktu malam. Apabila tibanya waktu Subuh, kepala terasa berat dan hati pula seperti mendesak supaya badan segera rebah secepat mungkin dan mata pula terus dipejamkan.

 

Mungkin perlu tidur agar keadaan tubuh mendapat rehat yang secukupnya dan bangun apabila telah sampai waktunya. Tetapi, jika terus lena dan hanyut dengan tidurmu, maka betapa ruginya.

 

Sedangkan Rasulullah SAW pada setiap pagi memanjatkan doa untuk umatnya.

“Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka.” (HR Tirmidzi).

 

Maksudnya, waktu pagi bukanlah waktu untuk berlengah-lengah, apatah lagi untuk terus mendengkur. Oleh sebab itu, mesti ada niat dan ikhtiar yang kuat dalam diri agar kita tidak termasuk dalam golongan umat Islam yang kehilangan berkah pada awal permulaan pagi hari.

 

Pertama, berzikir

Zikir pagi adalah amalan yang amat digalakkan kerana akan membuatkan diri lebih bertenaga dan bersemangat di pagi hari. Di samping itu, amalan ini juga membuatkan segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Amalan ini boleh dibaca saat masuk Subuh hingga terbit matahari.

 

Kedua, membaca Al-Qur’an

Membaca Al-Qur’an dengan penuh penghayatan, renungan dan keikhlasan hati serta mengikuti dan mengamalkan isinya, hal ini akan membantu meningkatkan fokus pada otak dan hati untuk lebih cepat menyelesaikan segala urusan di waktu pagi.

Bahkan, para penghafal Qur’an, memanfaatkan waktu emas ini sebagai momentum untuk muroja’ah (mengulang-ulang hafalannya). Sebagai permulaan, kita boleh memulakan membaca sebaris atau dua baris setiap pagi. Lakukan secara konsisten dan tingkatkan bilangan baris dari semasa ke semasa sehingga ia menjadi kebiasaan rutin pagi kita.

 

Ketiga, mulakan aktiviti

Jadi, tidak salah jika bangsa Arab mengenali petua, “Waktu adalah pedang.” Kemudian dalam bahasa kita dikenali, “Siapa cepat dia dapat.” Dengan kata lain, siapa yang bergegas dalam melakukan aktiviti dan berusaha bersungguh-sungguh, insya Allah dia akan berhasil. “Man jadda wajada” (Siapa bersungguh-sungguh dia dapat).

Oleh itu, selesai solat dan membaca al-Quran, jangan rebahkan badan. Tapi bangun dan bergeraklah melakukan aktiviti.

 

Keempat, segerakan mandi

Melakukan kebaikan dalam Islam hukumnya harus disegerakan, demikian juga halnya dengan mandi di pagi. Mandi di waktu pagi akan memberikan kesegaran pada diri. Kemudian, dalam kajian perubatan, mandi di waktu pagi dapat melancarkan perjalanan darah, peningkatan pengeluaran sel darah putih, mengurangkan risiko darah tinggi, serta meningkatkan kesuburan.

 

Kelima, Solat Dhuha

Solat Dhuha adalah sunnah mu’akkadah, terbukti telah dilakukan oleh Nabi SAW, seperti yang disampaikan oleh Muslim, dari hadis Aisyah radhiallahu anha, dia berkata;

“Rasulullah SAW solat Dhuha sebanyak empat (rakaat), kadang-kadang dia menambah menurut keinginannya.”

Ini adalah amalan untuk kita menjemput rezeki. Kebanyakkan orang yang mengamalkan solat dhuha ini dimurahkan rezeki pada hari itu.

 

Perkara Asas Sebelum Melabur di Unit Amanah

Pelaburan unit Amanah adalah salah satu platform pelaburan jangka masa panjang. Ia adalah satu pelaburan yang menguntungkan jika anda berani menanggung risiko yang tinggi.

Tetapi sebelum memulakan pelaburan, anda boleh baca perkara asas ini sebagai panduan anda.

  1. Sebelum melabur, anda pelu menyimpanan 10% daripada pendapatan anda. Anda boleh simpan di Tabung Haji kerana ia memberi pulangan yang lebih baik daripada simpanan biasa.

 

  1. Buat simpanan sebanyak 3 hingga 6 bulan gaji anda. Simpanan ini sebagai dana kecemasan untuk masa hadapan.

 

  1. Selepas cukup simpanan kecemasan, anda boleh mulakan pelaburan dengan menggunakan simpanan 10% daripada pendapatan anda tadi. Dapatkan nasihat daripada yang pakar berkenaan pelaburan bagi mengurangkan risiko anda. Anda boleh mulakan pelaburan unit amanah dengan bantuan konsultan sedia ada.

 

  1. Gunakan konsep “Dollar Cost Averaging” (DCA) dalam pelaburan anda. Simpan secara konsisten dan beli pada harga yang murah. Dengan ini, anda mampu mengurangkan risiko kerugian dan memaksimakan keuntungan.

 

  1. Labur wang dari Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP). Anda boleh memaksimakan dana persaraan anda dengan menggunakan wang simpanan KWSP untuk melabur di unit amanah. Jadi, anda boleh dapatkan nasihat dan penerangan daripada konsultan unit amanah berkenaan proses pengeluaran.

 

  1. Letakkan benchmark Tabung Haji dengan pulangan 7% setahun sebagai “Return of Investment” (ROI). Jika ROI dana yang anda labur kurang 7%, maka anda boleh review dana dan switching ke dana lain.

 

  1. Jangan bergantung harap kepada konsultan semata-mata. Mereka hanyalah orang tengah dalam pelaburan ini. Anda sebagai pelabur boleh mendapatkan maklumat berkenaan portfolio pelaburan anda setiap bulan atau tiga bulan.

 

  1. Semak prestasi dana-dana pelaburan unit amanah melalui laporan Lipper. Lihat pretasi pulangan sepanjang 5 tahun. Jika pretasi pulangan adalah tinggi, ini bermakna pihak pengurusan dana mempunyai strategi pelaburan yang baik.

 

Kalau nak tahu tentang unit amanah, boleh baca artikel Apa Itu Unit Amanah.

Cara Terbaik untuk Simpan 50% Daripada Gaji

Antara Cara Terbaik untuk Simpan 50% Daripada Gaji:

1. Jadikan Matlamat Sebagai Motivasi
– Saya ingin menyimpan sebanyak RM5,000.00 pada hujung tahun. (Jangka pendek)
– Saya ingin kumpul deposit rumah pertama RM30,000.00 (Jangka sederhana)
– Saya ingin bersara dengan simpanan sebanyak RM1,000,000.00 (Jangka panjang)

Tanpa matlamat kita akan sering berputus asa di tengah jalan. Pastikan anda sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.

2. Tetapkan Sasaran Bulanan
Setelah ada matlamat, tetapkan sasaran bulanan pula. Contohnya, anda telah menetapkan jumlah simpanan sebanyak RM30,000.00 dalam masa 2 tahun.
Justeru, jadikan jumlah tersebut sebagai sasaran yang wajib dicapai.

Jika ingin memiliki simpanan sebanyak RM30,000.00 dalam masa 2 tahun, anda perlu simpan RM1,250.00 setiap bulan.

3. Tambah Pendapatan
Apabila pendapatan pasif bertambah, anda tidak hanya bergantung kepada pendapatan tetap semata-mata. Contohnya, jika anda ingin mengumpul RM30,000.00 dalam jangka masa 2 tahun, anda boleh melabur dalam unit amanah seperti PMB Shariah Aggressive Fund yang berpotensi memberikan pulangan sebanyak 29%* dalam tempoh 1 tahun berakhir 31 Disember 2017.

 

Miliki Hartanah di Usia Muda

Seorang anak muda yang berusia 23 tahun iaitu Siti Nursyafieqah Abu Bakar atau dikenali sebagai Syafieqah Alya di alam maya, telah melakukan perkara yang luar biasa. Dengan berasaskan gaji hanya RM1,600 sebulan, si gadis muda ini sudah mempunyai asset hartanah yang mengkagumkan seluruh rakyat Malaysia.

Di sebalik kejayaan gadis ini, siapa sangka bahawa kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan anak-anak muda yang seusia dengannya. Dia terpaksa menyekat segala kemahuan demi mancapai impian kewangan untuk masa hadapan.

“Saya pernah mengikat perut demi memenuhi tabung simpanan malah tiada masa untuk bersosial dengan kawan. Sehinggakan saya pernah dikatakan ‘gila’. Selama bertahun saya tetap dengan cara sendiri dalam pengurusan kewangan saya yang saya amalkan sejak zaman diploma sehingga hari ini,” katanya.

Segala kejayaan yang diperolehi adalah kerana usaha dan kerja keras menggunakan tenaga muda untuk melakukan dua pekerjaan setiap hari demi memenuhi misi kewangan yang dirancang demi masa hadapan. Dia yang menerima tawaran bekerja sebagai Eksekutif Jualan di salah sebuah institusi perbankan ternama di negara ini dengan kadar gaji hanya RM1,600 sebulan, telah melakukan pekerjaan separuh masa di sebuah pasar raya sebagai pekerjaan kedua bagi meningkatkan pendapatan kewangannya.

Gaji RM1,600 yang diperolehi daripada pekerjaannya di bank akan dibelanjakan untuk bayaran sewa rumah, pengangkutan, perbelanjaan makan dan minum serta duit kepada ibu bapa. Manakala gaji yang diperolehi daripada pekerjaan separuh masa di pasar raya akan dibahagikan kepada dua iaitu untuk simpanan kecemasan dan juga pelaburan.

Bagi Syafieqah, masa 24 jam sehari itu tidak akan dibazirkan dengan melakukan perkara yang sia-sia seperti berseronok bersama kawan-kawan, tetapi masa itu akan dipenuhi dengan aktiviti bermanfaat untuk mencari pendapatan tambahan. Malahan, kadang-kadang dia tiada masa untuk pulang ke kampung kerana sentiasa sibuk dengan pekerjaaan untuk mengumpul wang simpanan agar dapat mengecapi misi kewangannya.

Dengan sikapnya berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah itu menjadi panduan kejayaan yang dia perolehi selama ini.

Katanya, “Biarlah apa jua kata orang, yang penting kita pandang ke hadapan. Alhamdulillah saya dapat merealisasikan impian untuk memiliki rumah impian ketika umur 23 tahun.

“Saya akui tidak mempunyai masa untuk berlibur kerana melihat kepentingan misi hidup yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu.

“Mungkin ramai mengatakan saya seorang anti sosial atau ‘kera sumbang’, namun kata-kata menjadi pembakar semangat untuk berjaya,” katanya.

Tiga tahun berlalu, Syafieqah Alya kini memiliki tiga hartanah bernilai lebih sejuta ringgit dan merancang untuk meneruskan pembelian hartanah pada masa akan datang.

 

Tips Inspirasi Bina Kewangan

  1. Rancang kewangan di usia muda. Tetapkan jumlah kewangan yang mahu diperolehi bagi tempoh 3-5 tahun akan datang.
  2. Mulakan menyimpan sekurang-kurangnya satu per sepuluh(10%) daripada pendapatan yang diperolehi.
  3. Sediakan simpanan sekurang-kurang 3 bulan. Lebihan daripada simpanan itu laburkan di pelaburan yang selamat.
  4. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Laburkan masa dan wang bagi mendapatkan ilmu kewangan.
  5. Jaga hubungan dengan ibu bapa. Salurkan sebahagian pendapatan kepada ibi bapa.
  6. Gunakan masa di usia muda untuk bina pendapatan. Jangan bazirkan masa untuk perkara yang tidak memberi manfaat untuk masa hadapan.

 

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/siti-nursyafieqah-miliki-tiga-hartanah-di-usia-muda-1.634983

Rugi atau Peluang Apabila Harga Jatuh?

Apabila berlaku sebarang perubahan kepada harga unit amanah semestinya memberi kesan kepada individu yang melabur. Tetapi adakah penurunan harga unit amanah ini hanya menberi kesan yang negative kepada pelabur semata-mata. Jadi, mari kita lihat kesan yang sebaliknya terhadap situasi ini.

 

Harga Unit Lebih Murah

Semasa harga unit jatuh, nilai seunit akan menjadi lebih murah. Jika dilihat kepada keadaan ini, ia merupakan satu peluang kepada pelabur untuk menambah jumlah pelaburan mereka dengan membeli lebih banyak unit amanah dengan harga yang lebih murah. Ia ibarat seperti pelanggan yang membeli belah di gudang jualan semasa musim perayaan untuk membeli baju yang berkualiti dengan harga promosi yang lebih murah.

 

Dapat Membeli Lebih Banyak Unit Amanah

Sudah tentu harga unit amanah yang rendah memberi peluang kepada pelabur untuk mendapatkan bilangan unit amanah yang lebih banyak dengan nilai pelaburan yang sama. Sebagai contoh, harga seunit adalah RM0.60. Dengan nilai pelaburan sebanyak RM100, pelabur akan memperolehi sebanyak 166 unit. Apabila harga unit amanah jatuh kepada RM0.50, pelabur akan dapat memperolehi sebanyak 200 unit walaupun dengan nilai pelaburan yang sama.

 

Oleh demikian, jangan pernah risau jika harga unit amanah menurun. Pelabur perlu melihat kepada peluang yang ada terhadap situasi yang berlaku. Pelabur yang bijak tahu untuk membuat keuntungan ketika pasaran harga unit amanah meningkat ataupun menurun.

 

Apa Itu Unit Amanah?

Unit Amanah merupakan suatu skim pelaburan kolektif, di mana modal para pelabur dikumpulkan ke dalam satu dana untuk diuruskan oleh pengurus-pengurus dana profesional.

Dana tersebut akan dilaburkan didalam pelbagai portfolio ekuiti, sekuriti pendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan oleh surat ikatan di samping Garis Panduan Suruhanjaya Sekuriti (SC) keatas Dana Unit Amana

Jadi bagaimana unit amanah berfungsi?

Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan.

Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Surat Ikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Dengan pertalian sedemikian kita dapat simpulkan yang unit amanah direka bentuk bagi melindungi kepentingan para pelaburnya tidak seperti pelaburan saham biasa ataupun komoditi.