Ada Yang Masih Keliru Pelaburan ASB dan Unit Amanah @ Unit Trust

Ada Yang Masih Keliru Pelaburan ASB dan Unit Amanah @ Unit Trust

“Saya ingat nak labur dekat ASB la. Pulangan 6%-8% setahun. Okay kot.” Adam kata dekat Syafiq.

“Tapi ada lagi pelaburan yang lebih tinggi dari ASB. Setahun boleh dapat 10-15% setahun. Kau tahu tak?” Syafiq menjawab kepada Adam.

“Yeke ada? Aku tak pernah tahu pun.”

Ramai orang fikir pelaburan hanya 6-8% setahun itu sudah cukup untuk bina tabung duit masa depan.

Tak kata salah. Tapi jika ada pilihan yang lebih baik, kenapa kita tidak mencuba.

 

ASB atau nama panjangnya adalah Amanah Saham Bumiputera. Ia adalah dana unit amanah yang diterbitkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dengan jumlah pelaburan daripada rakyat yang melabur melalui ASB, dapatlah PNB gunakan dana pelaburan itu untuk dilaburkan semula ke dalam pasaran saham, hartanah, bon, sukuk dan lain-lain platform pelaburan.

Nak tahu berapa pulangan PNB setahun dengan menggunakan duit yang korang labur dalam ASB tu?

Jom kita tengok contoh kat bawah ni:

Jumlah pelaburan pada 2015: 100 juta

Jumlah keuntungan pada 2015: 30 juta

Peratus keuntungan pada 2015: 30 / 100 * 100% = 30%

 

Tetapi kita dapat dividen ASB 6-8% je setahun? Mana yang lain?

Peratus diberi kepada pelabur: 8%

Peratus keuntungan kasar pada 2015: 30% – 8% = 22%

Yang lain tu adalah pulangan pada PNB la. Faham?

Jadi kalau kita tengok contoh di atas, pelabur boleh dapat keuntungan yang lebih dari 8% peratus.

Hmmm… Jadi ada ke peluang pelaburan lain yang lebih baik?

Pelaburan Unit Amanah atau Unit Trust

Sebenarnya korang ada pilihan yang lebih baik. Yang sah dan patuh syariah. Cuma korang jer yang tak tahu atau tak nak ambil risiko. Nak selesa jer.

Syafiq adalah seorang pelabur yang bijak. Dia tahu pelaburan unit amanah mampu berikan pulangan yang 10-15% setahun. Jadi dia dapatkan khidmat nasihat daripada konsultan unit amanah yang berpengalaman.

Sehingga hari ini, ada sebanyak 37 syarikat unit amanah di Malaysia.

Contohnya macam syarikat PMB Investment Berhad, Public Mutual Berhad, CIMB-Principal Asset Management Berhad, BIMB Investment Management Berhad dan banyak lagi.

Tapi syarikat unit amanah ni ada yang menawarkan dana yang patuh syariah dan konvesional. Jadi bila nak melabur nanti, cakap pada konsultan korang nak melabur dalam dana yang patuh syariah.

Kalau korang nak syarikat yang fully shariah pun ada. Contoh macam PMB Investment dan BIMB Investment Management Berhad

Katakan Syafiq telah memilih untuk melabur dalam dana PMB Aggressive Fund di PMB Investment pada 15 April 2017 dengan harga masa itu adalah RM0.53.

Pada 15 Mac 2018 harga unit amanah itu telah naik menjadi RM0.60. Sepanjang April hingga ke Mac 2018 tu akan ada harga unit naik dan turun.

Jadi berapa kadar pulangan yang Syafiq boleh dapat. Jom tengok:

Contoh kiraan: 

Syafiq bermula pada bulan April dengan pelaburan RM1,000 dan bulan seterusnya dia labur RM100 untuk tambahkan nilai pelaburan dia

April – RM1,000 / RM0.53 (harga unit) = 1,886 unit

Mei – RM100 / RM0.51 = 196 unit

Jun – RM100 / RM0.53 = 188 unit

Julai – RM100 / RM0.55 = 181 unit

Ogos – RM100 / RM0.56 = 178 unit

September – RM100 / RM0.54 = 185 unit

Oktober – RM100 / RM0.56 = 178 unit

November – RM100 / RM0.57 = 175 unit

Disember – RM100 / RM0.59 = 169 unit

Januari –RM100 / RM0.60 = 166 unit

Februari – RM100 / RM0.61 = 163 unit

Mac – RM100 / RM0.60 = 166 unit

Jadi jumlah pelaburan Syafiq dari bulan April sampai Mac adalah RM2,000. Jumlah unit yang terkumpul pula adalah 3,831 unit.

Berapa pulangan yang Syafiq capai pada bulan Mac?
3,831 unit x RM0.60 = RM2,298.60

RM2,298.60 – RM2,000 = RM298
Pulangan = RM298 / RM2,000 = 14.9%

Okay tak dapat untung banyak tu setahun? Boleh mula dengan jumlah yang rendah dan boleh melabur tiap-tiap bulan jugak sama dengan ASB. Dan yang paling penting, kita ada konsultan peribadi yang review pelaburan korang setiap bulan.

Risiko Berbeza

Ingat, apabila melabur dalam ASB, pelabur tidak akan rugi kerana ASB ditawarkan pada harga tetap RM1.

Ini bermakna pelabur tidak berdepan risiko kehilangan modal.

Berbeza dengan pelaburan di unit amanah, risiko rugi itu ada disebabkan turun naik harga unit dana. Jadi, pelaburan ini tidak sesuai untuk dijadikan tempat pelaburan jika korang nak melabur untuk setahun. Paling sesuai, pelaburan ini untuk tempoh 3 tahun ke atas.

Kelebihan Melabur di Unit Amanah

Sebelum terlupa, ASB hanya bagi 1 bentuk pulangan saja, iaitu dividen. Melabur di unit amanah pula korang akan dapat 2 bentuk pulangan.

1) Keuntungan hasil perbezaan harga unit amanah. Contoh beli pada harga unit murah, dan jual pada harga unit mahal.
2) Dividen. (Ada syarikat unit amanah akan bayar 2 tahun sekali atau jika pretasi syarikat unit amanah itu baik, korang akan dapat dividen setiap tahun.

Sharing is caring!

Zulhusni Salha

Konsultan Kewangan l Penulis

Comments are closed.
shares