6 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Sebelum Umur 30 Tahun

6 Kesilapan Yang Kerap Dilakukan Sebelum Umur 30 Tahun

Saya tak tahu korang sedar atau tidak, sekarang ni ramai anak muda yang berumur 30-an sudah terperangkat dengan masalah kewangan. Kebanyakkan yang saya lihat, mesti ada buat salah satu daripada 6 perkara ni.

Jadi, saya nak korang baca 6 kesilapan ini. Semoga nanti jangan ada yang berkata:

“Aku rasa menyesal lah …”

“Kenapa aku tak tahu pun? …”

 

  1. Tak Tahu Urus Duit.

Sekarang ni punca utama masalah kewangan adalah sebab tak pandai nak urus duit. Lepas dapat gaji je, belanja sini sana. Kemudian tak tahu duit pergi mana? Setiap bulan je duit tak cukup. Memang la duit tak cukup, kalau korang belanja di luar kemampuan.

Sekarang ni banyak kelas atau seminar pengurusan kewangan. Keluarkan duit sedikit untuk tingkatkan ilmu kewangan. Jangan dah terjebak baru nak mencari. Rugi!

 

  1. Tak Ada Simpanan

Dah la belanja luar kemampuan, pastu simpanan pun takda. Show off jer memanjang. Sabar, jangan nak pura-pura kaya. Beli kereta mahal, tukar smartphone setiap tahun, tapi simpanan tak ada. Korang beli mahal mana pun semua tu, setiap tahun nilai susut jugak.

Jadi, berkorban lah untuk keseronokan sementara. Simpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji korang. Tak kisah la berapa korang simpan, yang penting konsisten. Kalau tak mampu jugak nak simpan, itu maknanya korang kena la cari kerja part time untuk tambah pendapatan korang.

 

  1. Ada Duit Sikit Tapi Nak Travel

Ini saya tak faham. Korang duit tak ada dan nak simpan duit pun susah, tapi mampu pergi travel.

Memang la jauh perjalanan, luas pengalaman. Tapi kalau pergi sana, mampu tengok jer. Tak mampu nak shopping, baik tak payah. Pastu satu lagi yang pelik, mampu pergi travel, tapi marahkan kerajaan bila harga barang makin naik.

Simpan dulu impian tu. Pergi la melabur dekat saham atau unit amanah untuk 3 – 5 tahun. Selepas tu, bila dah ada keuntungan, ambil keuntungan tu sebagai kos travel korang. Naahhh… Simpanan pun ada, travel pun dapat.

 

  1. Nak Kahwin Buat Loan

Semua orang nak kahwin. Tapi tak sanggup nak simpan. Kemudian bila lagi setahun nak kahwin, bakal mak mertua korang mintak duit hantaran, dah tak ada. Jadi, bila tak ada jalan lain, korang pun ambil jalan paling cepat, buat pinjaman. Bahagia sehari, kemudian terpaksa tanggung hutang bertahun-tahun.

Kalau korang nak kahwin, rancang bersama pasangan korang. Sediakan tabung perkahwinan. Cari platform pelaburan yang menawarkan pulangan 10-15 setahun. Contohnya pelaburan unit amanah. Dapatkan khidmat nasihat daripada konsultan tentang perancangan tabung perkahwinan korang. Percuma je servis tu.

 

  1. Godaan Kad Kredit

Bila korang dah bekerja, pihak bank pasti akan telefon untuk offer kad kredit pada korang. Kemudian korang pun seronok bila ada kad kredit. Sebab bila duit gaji habis, boleh belanja guna kad kredit dulu. Tapi korang kena tahu, kadar faedah kad kredit sangat tinggi sehingga 18%. Jadi, lagi lama korang berhutang, lagi banyak yang korang perlu bayar. Jadi, elakkan belanja di luar kemampuan !

 

  1. Berlagak Beli Kereta Mahal

“Aku kerja nanti, aku terus nak beli kereta Honda Civic. Lawa kot design tu”

Fuuuh.. seram saya dengar. Memang la masa bujang mampu bayar. Gaji RM3000. Kalau kena bayar RM1000 pun mampu hidup lagi. Tapi cuba fikir kalau korang dah kahwin nanti. Kos rumah, kos sekolah anak, isteri nak shopping lagi. Emm…masa tu kalau menyesal pun tak guna.

Betul, semua orang ada kereta impian. Tapi sabar. Beli dulu kereta biasa. Second hand pun tak apa. Bila kewangan korang dah kukuh, simpanan pun dah ada. Masa tu baru la beli kereta idaman korang.

 

Masa muda lah korang perlu bersusah. Masa ni korang muda lagi. Jangan bila dah tua baru nak rasa susah. Nanti pasti korang tertekan. Apa yang korang buat harini, akan beri kesan pada masa akan datang

Jadi. Jangan kata abang tak paying. Ambil nasihat ni dan kongsikan kepada kawan-kawan yang sebaya korang. Cuba elakkan selagi mampu. Jangan dah buat, baru nak menyesal!

Sharing is caring!

Zulhusni Salha

Konsultan Kewangan l Penulis

Comments are closed.
shares